HeyPira Wedding+
Kembali ke Laman Utama
Syarat Perjanjian Perkhidmatan

Terma & Syarat Perkhidmatan

Berkuat Kuasa Mulai: 1 Januari 2026 • HeyPira Studio

1. Penerimaan Terma

Dengan membuat tempahan perkhidmatan kad jemputan digital di HeyPira Wedding+, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang termaktub di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pengesahan tempahan.

2. Proses Tempahan & Garis Masa Siap

Tempoh masa pemprosesan bagi setiap pesanan standard adalah antara 24 hingga 48 jam bekerja bermula dari saat butiran lengkap majlis diterima dan bayaran disahkan. Laman draf akan dihantar terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk semakan pelanggan.

3. Polisi Pindaan & Semakan (Revisions)

  • Pelanggan berhak membuat pindaan ejaan, masa atau tentatif majlis sehingga 3 kali semakan percuma sebelum laman diterbitkan secara rasmi.
  • Pindaan pembetulan saat akhir bagi waktu dan alamat majlis tetap disokong selepas jemputan diterbitkan bagi memastikan maklumat tetamu sentiasa tepat.
  • Pertukaran tema reka bentuk selepas proses pembinaan dimulakan mungkin tertakluk kepada caj pengubahsuaian minima bergantung kepada pakej.

4. Pembayaran & Polisi Pemulangan Wang

Disebabkan sifat perkhidmatan kami adalah penghasilan karya digital tersuai (custom personalized digital service), sebarang bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan setelah proses mereka bentuk dimulakan. Sekiranya majlis ditunda, pautan jemputan boleh dikemaskini dengan tarikh baharu tanpa sebarang pembatalan.

5. Tempoh Hayat Hos Laman Jemputan

Semua pakej kad jemputan digital merangkumi hosting aktif percuma sehingga 3 bulan selepas tarikh majlis perkahwinan berlangsung. Selepas tempoh tersebut, arkib laman mungkin dinyahaktifkan melainkan terdapat permohonan lanjutan daripada pelanggan.

6. Hak Cipta & Hak Milik Intelek

Segala kod sumber sistem, susun atur templat interaktif, dan animasi adalah hak cipta terpelihara HeyPira Studio. Gambar perkahwinan dan maklumat peribadi yang dimuat naik kekal menjadi milik eksklusif pasangan pengantin berkenaan.